hai assalamualaikum.
nama saya akmal nurhazimah.
hari ini saya akan bercakap mengenai muhasabah covid 19 untuk kelas usrah 3 saya.
muhasabah yang kita perlu ambil daripada covid 19 ialah:
1. bersabar dengan ujian yang dihadapi, kerana hadith ada menyebut sabar itu adalah separuh daripada iman. maka dengan sabar, insyaaAllah iman akan bertambah. dan Allah ada berfirman menyukai orang yang sabar.
2. dengan adanya PKP ini, ramai org ynag sebelum ini busy, sekarang sudah ada masa untuk bersama keluarga. kita perlulah berfikir positif
3. selain itu, bapa dan keluarga dapat solat berjemaah bersama-sama setiap waktu waktu, sebelum ini mungkin sibuk tiada masa bersama, jadi bila PKP, dpt solat bersama2.
4. umat manusia perkuatkan keimanan untuk memperteguhkan semula hidup mereka supaya berpegang kepada syariat Islam.
5. menyedari bahaya kuasa Allah itu amatlah Besar dan Benar, Allah mampu melakukan apa sahaja di bumi ini jika dia menghendaki, kita sebagai hambanya hanyalah boleh berdoa dan memohon kepada yang berkuasa.

